Tuesday, 11 August 2015

Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing



Bloggers.. Entri kali ni aku nak cerita tentang syarat-syarat & prosedur berkahwin dengan warga asing. Tak kira lah warga China, Indonesia, Amerika asalkan bukan Malaysian. Kenapa? Sebab aku bakal berkahwin warga Indonesia. So aku tau prosedur yang diperlukan ketika memohon untuk berkahwin.

Syarat & Prosedur:

1. Bakal suami

Kalau takda bakal suami / isteri warga asing macam mana nak apply kan? Macam rukun nikah pulak kan.. hehehe

2. Pasport & Visa

Mesti mempunyai pasport & visa. Jika bekerja mestilah level professional, bukan level buruh site ya. Yang level general worker permohonan akan ditolak. Kalau nak kahwin jugak? Batalkan permit kerja dan balik negara asal, kemudian masuk Malaysia menggunakan visa pelawat.

Macam bakal suami aku guna visa pelajar sebab dia tengah ambil Phd di Universiti Malaya, maka guna student visa pun diluluskan untuk berkahwin.

3. Akuan Bujang

Akuan bujang mestilah dibuat di negara asalnya jika masuk menggunakan visa student dan pelawat. Kalau bekerja, akuan bujang mesti dibuat oleh company tempat beliau bekerja.

Akuan Bujang juga boleh dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia.

4. Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negara

Ini mesti dibuat di negara asal iaitu di pejabat agama tempat asalnya. Macam bakal suami aku, surat kebenaran berkahwin dikeluarkan oleh pejabat agama Medan.

Boleh juga dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia. 

5. Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan

Kene pergi ke kedutaan masing-masing untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan dan dicop oleh kedutaan masing-masing. Tak perlu bawa pasangan, hanya perlu salinan IC pasangan sahaja.

6. Pengesahan Visa & Pasport dari Imegresen

Pasangan kene ada semasa proses permohonan ini. Imegresen akan bagi borang dan kita akan isi. Sertakan salinan IC, Pasport & Visa. 

7. Kursus Kawhin

Wajib ambil jika warga asing tersebut pandai berbahasa Melayu. Macam Fadly ofcourse lah kene sebab dia orang Indonesia. Terang-terang cakap Melayu.

8. HIV Test

Wajib buat ya sama macam warga marhaen Malaysia yang lain di klinik-klinik kerajaan. Tapi mahal kene bayar RM74. Warga Malaysia hanya RM1 sahaja. 


So, inilah dokumen & prosedur yang diperlukan untuk berkahwin dengan warga asing. Kesemua proses diatas boleh siap dalam masa 1 hari. So yang mana pakai visa pelawat, sila rancang perjalanan anda dengan baik ya.

Tak kesah la korang nak kawin dengan warga negara mana sekali pun. Tetap manusia jugak. Ignore je kata-kata manusia yang sel-sel otaknya lembab berhubung sebabnya yang nak kawinnya kau, bukan dia. Betul tak?


4 comments:

  1. serius .....se yesss..... writer you the best....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. Nak tanya.. Saya bakal berkahwin dengan lelaki arab.. Kalau sudah kawin dia boleh kerja? Sebab sebelum ni dia bekerja di negara asal nya.. Selepas berkahwin baru nak tunggal di malaysia.. Boleh berikan pendapat tak? Terima kasih ye..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. Nak tanya.. Saya bakal berkahwin dengan lelaki arab.. Kalau sudah kawin dia boleh kerja? Sebab sebelum ni dia bekerja di negara asal nya.. Selepas berkahwin baru nak tunggal di malaysia.. Boleh berikan pendapat tak? Terima kasih ye..

    ReplyDelete
  4. asalamaualaikum apa khabar

    saya boleh nak tanya boleh negeri lain morocco nikah terus tak??? bukan nanti silap takut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...