Thursday, 13 August 2015

Perkahwinan Dengan Orang Arab




Perangai Orang arab


Ini aku yang memang anti dengan orang arab.Semua orang arab yang pernah aku temui dan jumpa mereka semua bukan baik sangat.Permulaan macam baik bila sudah lama2 perangai dah macam keldai.Segala macam peel yang kita tidak sangka2 mereka buat di depan mata kita.

Sombong dan berlagak pandai memang nombor satu.

Perangai macam keling pun yer juga.Sopan santun memang haus.Bab riak dan bongkak jangan ceritalah memang mereka sangat hebat.Itu yang pernah aku temui dan bekerjasama.Kadang2 aku rasa aku nak bedal jer kepala orang2 arab ni.Macam good2 jer!

Sesiapa yang tak pernah bergaul dengan bangsa arab pasti menyangka mereka2 ini baik budi pekerti tapi percayalah perangai mereka kalahkan setan.Kalau ada yang baik pun memang susah nak jumpa kalau terjumpa memang dikira nasib baiklah.Kalau tak percaya tanya dengan bangsa arab itu sendiri adakah mereka suka dengan bangsa mereka?

Kita ambil contoh simple2 je.

Palestin ada dimana? Mesir ada dimana? Iraq dan Iran dimana? Afganistan dimana?



Kenapa aku tanya dimana kerana aku mahu kamu melihat semua negara itu terletak di satu kawasan yang sama dan jenis bangsa yang sama dengan perangai yang sama iaitu...tiada satu hati!

Semua dengan lagak yang sama.Semua ada ego yang hebat2.Semua rasa semua adalah betul.Itu pasal ada orang berkata kepada aku " kenapa ramai nabi di turunkan di tanah arab kerana orang arab ramai yang bijak2 dan sesat " !

Kalau sesiapa yang rajin membaca dan menjelajah di laman maya ini pasti terjumpa dengan video atau cerita tentang kejahilan dan kedangkalan orang arab dalam satu2 hal.Ini bukan cerita orang Islam tetapi cerita orang arab tak kira lah yang beragama Islam atau Kristian.Kalau yang beragama Islam lagi parah kerana ada 2 mahzab yang tak habis nak berbunuhan iaitu sunnah dan syiah.Ini memang aku menyampah ...berbunuhan kerana berbeza mahzab tetapi satu tuhan!

Apa punya bingai orang arab ini!

Bab aniya terhadap kaum hawa jangan cakaplah.Pantang silap sikit pasti kena hukum bunuh.Kalau yang jatuhkan hukuman adalah pihak berkuasa ok lagi ini tidak main hukum ikut akal kepala sendiri.Konon2 mahu jaga maruah keluarga.Apa setan macam itu.

Lagi satu peel orang arab yang suka sangat kebas anak dara sunti untuk dijadikan isteri.Umur bakal suami 60tahun dan bakal isteri 12tahun...apa jadah ni? Mahu lagi sadis rupa2nya pihak keluarga perempuan dapat habuan duit.Konon sebagai pampasan kepada keluarga si perempuan.Naya2!

Menggatal Kahwin Arab?





"Eric apsal ko tak kawen dengan arab?" tanya member eric
"huh! memang la arab ni lawa tapi pendek kata baik tak payah" jawab eric


suka-suka je nak suruh orang kawen dengan arab kan? memang la di ketahui awek-awek arab ni lawa. sesetengah tu nampak mata je,tapi bila sekali jeling ramai lelaki boleh tangkap lentok. Apa lagi kalau awek yang sesaja tak pakai hijab yang memang sengaja nak tayang rambut yang semulajadi blonde. nak bagi kawen free pun eric tak mau. meh aku bagi sebab kenapa lebih baik jangan kawen dengan orang arab, tapi bagi yang dah terbercinta dengan arab tu carry on... dengan niat murni korang dan semoga berjaya hahaha...

Salah satu sebab yang agak penting dalam hal ni ialah dari segi kaum (korang tak racist kot), arab akan anggap bangsa lain adalah tidak setaraf dengan mereka, jadi maknanya rumah tangga korang maybe akan jadi seolah-olah cerita P.Ramlee antara dua darjat atau kassim selamat. Kenapa? Kerana mereka menganggap darjat mereka lagi tinggi dari korang, ya diorang lagi racist dalam bab-bab macam ni. (Ingat dialog ibu mertuaku? "Siapa Kassim Selamat? Lawyer?! Majistret?!... APA!! Ahli Muzik?! Pantang nenek moyangku bermenantukan ahli muzik!) kalau arab lak maybe "pantang nenek moyang aku bermenantukan orang asing!" kwang.. kwang.. kwang.. 

Sebab keduanya, yang tak berapa penting ialah mahar perkahwinan, paling cikai kalau nak kawen dengan awek arab ialah 50K, di ulangi 'paling cikai' ye! kalau nak 'UP' skit normally melebihi 100K. takde yang murah lagi ke? apa ingat nak beli anak dara orang kat pasar malam ke? (Gurau je), ada.. tapi lepas kawen bersedialah nanti bini arab demand nak rumah barulah, kereta barulah, apa-apa aje baru-baru belaka, alamatnya lingkup la korang lepas kawen.

Antara sebab lain ialah antara korang dengan mertua. Kalau mengikut islam diorang ni dah kira terbalik. Menantu lelaki kena memikul tanggungjawab kepada keluarga mertua ibarat anak lelaki diorang atau pendek kata sebagai orang suruhan sukarela. Kalau tak suka pun terpaksalah jugak ikut kerenah mertua arab yang banyak songeh. (keluarga syed dan sharifah di Malaysia mungkin tidak termasuk dalam kategori ni- its different rite? If I am wrong I'm very sorry hehehe)

Kalau dalam sistem perundangan lak, memang foreingners tidak akan mendapat hak yang sepatutnya di saudi jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Meh aku cerita satu cerita yang baru-baru sahaja di dengari di Saudi.
---
Pertama kali Ibrahim datang ke saudi, beliau hanya inginkan pekerjaan untuk menampung kehidupannya, beliau mendapat kerja sebagai pemandu di sebuah hospital swasta. Takdir menentukan beliau kehilangan segala-galanya di sebabkan cinta.

Atas dasar simpati beliau selalu mendengar masalah rumahtangga Munira (bukan nama sebenar) yang juga bekerja di hospital yang sama. Hubungan itu berputik menjadi cinta apabila Munira bercerai. 

Kerana terlalu mencintai Munira, beliau sanggup menunaikan apa sahaja permintaan Munira. Munira meminta wang 40,000 riyal untuk menikahinya, manakala bapa munira juga meminta jumlah yang sama untuk merestui perkahwinan tersebut. Kerana cinta, Ibrahim terpaksa menjual rumah beliau di tanahair untuk membayar kos perkahwinan dan keperluan harian termasuk sewa rumah yang bernilai 30,000 Riyal setahun dan membeli kereta yang bernilai 100,000 riyal semuanya di atas nama Munira. Beliau begitu mempercayai munira kerana itulah cinta hatinya, isterinya dan juga ibu kepada tiga orang anaknya.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Selepas lima tahun usia perkahwinan mereka, rumahtangganya mula bergolak. Isterinya sering mencari masalah dan berkali-kali minta diceraikan. Lalu ibrahim meminta isterinya itu membayar ganti rugi pelbagai perbelanjaan termasuk perbelanjaan yang menggunakan nama isterinya. Kerana tidak dapat mencari jalan untuk diceraikan, isterinya menuduh beliau membuat hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka. Tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana tiada bukti dan saksi.

Tetapi beliau dipenjarakan atas kesalahan berkhalwat. beliau dihukum penjara selama enam bulan dan 150 sebatan. Ibrahim terpaksa menerima hukuman tersebut kerana tidak mampu untuk membayar wang guaman dan penterjemahan yang bernilai 30,000 riyal. hakim meminta beliau menceraikan isterinya dengan janji kes berkenaan akan digugurkan. Beliau meminta untuk melawat anak-anaknya setiap khamis dan layak mendapat hak penjagaan anaknya kelak.








Walau bagaimanapun, beliau cuma dilepaskan setelah dua tahun meringkuk didalam penjara di atas tuduhan konspirasi keatas keluarga bekas isterinya. Selepas lapan bulan dilepaskan, bekas isterinya menjual bengkel beliau dan masih meminta wang alimoni yang lansung tidak dapat di biayai beliau dengan pekerjaan barunya, dan beliau juga lansung tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Pegawai tempatan memberikan hak kebenaran untuk beliau melawat anaknya, tetapi bekas isterinya tidak mematuhi arahan tersebut, malah pihak berkuasa dan polis tempatan juga lansung tidak membantu dalam hal tersebut.  
  
Setelah di temubual Ibrahim memberitahu
"Sudah dua tahun lapan bulan saya tidak dapat menatap wajah anak-anak saya" sambil menangis teresak-esak.
"Saya merasakan kerana saya orang asing, hak saya telah di cabuli, Khidmat juru terjemah juga tidak di berikan ketika semua perbicaraan di mahkamah. Malah kedutaan negara saya juga tidak peduli untuk membantu saya" The End


Amacam? adoiii tak best betul la cerita sedih gini. Walau bagaimanapun, ramai juga kenalan Eric yang kahwin dengan arab, tetapi dengan nasib yang jauh berbeza dengan cerita di atas, dan semuanya, lepas kahwin bawak balik isteri ke negara sendiri. Sekali sekala je balik ke middle east, atau hantar isteri dan anak-anak sampai airport je. 

Pada pendapat Eric sebab tu la ramai anak muda arab sanggup kahwin lewat atau ada gak yang sanggup jadi gay (serius beb). Even member arab eric yang nak baru nak kahwin pun cakap "aku mesti bersedia mental dan fizikal sebelum memasuki alam 'golden cage'!"


ps: sumber info dari beberapa rakan sekerja arab selama lebih setahun. kalau ada nak tambah lagi anda amat dialu-alukan, kalau ada kesilapan sila tegur, kalau tak puas hati boleh perang dalam ruangan komen. kalau nak tanya kenapa tak nak arab, ni jawapan operator eric "Harap maaf, pertanyaan anda ditolak, sila cuba sekali lagi " hahaha..

Tuesday, 11 August 2015

Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing



Bloggers.. Entri kali ni aku nak cerita tentang syarat-syarat & prosedur berkahwin dengan warga asing. Tak kira lah warga China, Indonesia, Amerika asalkan bukan Malaysian. Kenapa? Sebab aku bakal berkahwin warga Indonesia. So aku tau prosedur yang diperlukan ketika memohon untuk berkahwin.

Syarat & Prosedur:

1. Bakal suami

Kalau takda bakal suami / isteri warga asing macam mana nak apply kan? Macam rukun nikah pulak kan.. hehehe

2. Pasport & Visa

Mesti mempunyai pasport & visa. Jika bekerja mestilah level professional, bukan level buruh site ya. Yang level general worker permohonan akan ditolak. Kalau nak kahwin jugak? Batalkan permit kerja dan balik negara asal, kemudian masuk Malaysia menggunakan visa pelawat.

Macam bakal suami aku guna visa pelajar sebab dia tengah ambil Phd di Universiti Malaya, maka guna student visa pun diluluskan untuk berkahwin.

3. Akuan Bujang

Akuan bujang mestilah dibuat di negara asalnya jika masuk menggunakan visa student dan pelawat. Kalau bekerja, akuan bujang mesti dibuat oleh company tempat beliau bekerja.

Akuan Bujang juga boleh dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia.

4. Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negara

Ini mesti dibuat di negara asal iaitu di pejabat agama tempat asalnya. Macam bakal suami aku, surat kebenaran berkahwin dikeluarkan oleh pejabat agama Medan.

Boleh juga dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia. 

5. Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan

Kene pergi ke kedutaan masing-masing untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan dan dicop oleh kedutaan masing-masing. Tak perlu bawa pasangan, hanya perlu salinan IC pasangan sahaja.

6. Pengesahan Visa & Pasport dari Imegresen

Pasangan kene ada semasa proses permohonan ini. Imegresen akan bagi borang dan kita akan isi. Sertakan salinan IC, Pasport & Visa. 

7. Kursus Kawhin

Wajib ambil jika warga asing tersebut pandai berbahasa Melayu. Macam Fadly ofcourse lah kene sebab dia orang Indonesia. Terang-terang cakap Melayu.

8. HIV Test

Wajib buat ya sama macam warga marhaen Malaysia yang lain di klinik-klinik kerajaan. Tapi mahal kene bayar RM74. Warga Malaysia hanya RM1 sahaja. 


So, inilah dokumen & prosedur yang diperlukan untuk berkahwin dengan warga asing. Kesemua proses diatas boleh siap dalam masa 1 hari. So yang mana pakai visa pelawat, sila rancang perjalanan anda dengan baik ya.

Tak kesah la korang nak kawin dengan warga negara mana sekali pun. Tetap manusia jugak. Ignore je kata-kata manusia yang sel-sel otaknya lembab berhubung sebabnya yang nak kawinnya kau, bukan dia. Betul tak?


Kahwin Warga Asing - Patuhi Syarat Elak Kesulitan

Keluarga Dan Undang-Undang: Sisters In Islam
SOALAN
Saya merancang untuk berkahwin dengan kekasih saya tidak lama lagi. Kami telah lama berkenalan dan mahu hubungan ini terus ke jinjang pelamin. Kekasih saya adalah berbangsa Indonesia. Saya telah diberitahu bahawa rakyat Malaysia tidak boleh berkahwin dengan rakyat Indonesia. Adakah ini benar? Apa yang boleh saya lakukan untuk berkahwin dengan kekasih saya? - Nor Amin Shahid, Kuala Lumpur

Jawapan
Perkahwinan bukan sahaja memenuhi naluri manusia iaitu dari segi perhubungan fizikal dan psikologi tetapi ia juga merupakan satu perjanjian atau persefahaman yang kuat (Surah Nisa(4) Ayat 21).

Seperti perjanjian yang lain, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain. Dari segi perundangan, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi.

Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin.

Ia bukan bertujuan untuk menyusahkan atau memperlekehkan niat pasangan.

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia.

Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Prosedur yang berlainan ini juga tergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama.

Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

(i) Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);

(ii) Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudara, Kedutaan Indonesia);

(iii) Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;

(iv) Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);

(iv) Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);

(v) Surat wakalah wali (bagi wanita); dan

(vi) Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin.

Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan.

Sekiranya bakal isteri saudara adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Sila kemukakan juga salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini.

Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. - Panel Peguam Syarie Sisters In Islam

- Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 25, Jalan 5/31, 46000 Kuala Lumpur, atau telefon 03-79606122 atau faks 03-79604737 atau emel: sistersinislam@pd.jaring.my

Prosedur Perkahwinan Rakyat Malaysia dengan Warganegara Asing



Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

- Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
- Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
- Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
- Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
- Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:

Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).

Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).


Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara

Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

- Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Nikah
- Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
- Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
- Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.


Nota - Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah perkahwinan mereka selesai supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan.


Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia


- See more at: http://myadha.blogspot.com/2012/04/perkahwinan-rakyat-malaysia-dengan.html#sthash.SUcowqNf.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...